Sejarah Tigerair Taiwan

Taiwan merupakan pasaran utama terakhir di Asia yang mempunyai syarikat penerbangan tambang murah (LCC). Pada awal Tahun 2013, Syarikat Penerbangan China Airlines dan Transasia Airways menjadi syarikat penerbangan Taiwan pertama yang menyatakan minat untuk membentuk LCC. Pengurangan halangan kemasukan oleh Pentadbiran Aeronautik Sipil menjadikannya lebih baik bagi pembentukan LCC.

Pada Bulan Oktober Tahun 2013, ketua Syarikat Penerbangan China Airlines Sun Hung-Hsiang mengumumkan bahawa syarikat penerbangan itu sedang berbincang dengan LCC (Pengangkutan Kos Rendah) asing untuk memulakan LCC yang berpusat di Taiwan. Perkongsian itu diumumkan pada Bulan Disember Tahun 2013 ketika Syarikat Penerbangan China Airlines membuat usaha sama baharu dengan syarikat penerbangan tambang murah asal Singapura iaitu Tigerair untuk menubuhkan Syarikat Penerbangan Tigerair Taiwan. Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Syarikat Penerbangan China Airlines akan menguasai 90 peratus saham syarikat penerbangan baharu dengan Tiger Airways Holdings memiliki 10 peratus yang lain. Pada Bulan Mac Tahun 2014, anak syarikat China Airlines iaitu Mandarin Airlines mengambil alih sebesar 10% bahagian syarikat induknya di Tigerair Taiwan.

Pada Bulan September Taiwan 2014, Tigerair Taiwan mendapat Sijil Pengendali Udara dari Pentadbiran Aeronautik Awam. Syarikat penerbangan itu kemudian memulakan operasi pada Tarikh 26 September 2014, dengan penerbangan pertama ialah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Kai Shek ke Lapangan Terbang Changi Singapura .

V Air, anak syarikat Transasia Airways, berhenti beroperasi pada akhir Bulan September Tahun 2016, menjadikan Syarikat Penerbangan Tigerair Taiwan sebagai satu-satunya LCC yang berpusat di Taiwan.

Rujukan

WikiPedia: Tigerair Taiwan http://news.cnyes.com/20150326/%E6%97%A5%E6%9C%AC%... http://www.routesonline.com/news/38/airlineroute/2... http://www.routesonline.com/news/38/airlineroute/2... http://www.routesonline.com/news/38/airlineroute/2... http://www.routesonline.com/news/38/airlineroute/2... http://www.taipeitimes.com/News/biz/archives/2013/... http://www.taipeitimes.com/News/biz/archives/2017/... http://www.taipeitimes.com/News/taiwan/archives/20... http://www.tigerair.com/tw/zh/destination_map.php http://talkairlines.wordpress.com/2014/09/21/talka...